Saturday, July 20, 2013

Dairi 20072013 : Penuntut Ilmu Allah Yang Naif.

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Menangis saya kali ini kerana Allah bagi KefahamanNya kepada Doktor untuk memahami diri ana yg serba kekurangan ini.

Allah tahu hambanya yg berusaha kerana ingin meraih keberkatan dalam mencari ilmuNya.

Walaupun tidak dapat score dalam dewan peperiksaan baru-baru ini,dan mendapat markah sangat rendah tapi Doktor sepertinya bagaikan mengetahui yang pelajarnya ini sesungguhnya tahu maklumat mengenai pembelajaran yang disampaikan dalam kelasnya itu.Alhamdulillah.

Hari ini,saya bagaikan diberi ruang untuk menjalani ujian lisan tanpa disengajakan.Saya  menceritakan semua fikrah mengenai ilmu yang diajar kepadanya semula di saat saya dipanggil masuk ke pejabatnya.Dalam perasaan menahan dada yang sangat sebak ketika itu,Doktor minta saya bertenang,dan setelah selesai Doktor menyatakan kepada saya dengan nada kebapaan bahawa fikrah saya miliki mengenainya adalah sangat jelas,


Kemudian Doktor menyoal kepada saya mengapa saya tidak boleh menjawabnya dalam kertas soalan seperti yang ceritakan kepadanya secara lisan tersebut? Saya lantas membuat kenyataan untuk lebih berterus terang, bahawa saya sememangnya tidak mengetahui di mana dan bagaimana kaedah terbaik untuk jawab soalan Doktor tersebut.


Maka dengan menghadapi masalah tersebut,saya sering membuat huraian panjang berjela pada ruangan yang sanagat sempit,Saya tahu keberangkalian untuk saya tetapp mendapat markah rendah itu pastinya berulang.Tetapi saya bukan seorang yang senang-senang mahu mengaku kalah.Saya perlu buktikan sesuatu.Saya mahu tetap menulisnya atau menjawabnya agar saya dapat tunaiksn tangungjawab saya sebagai seorang yang sedang menghadapi peperiksaan dan menunjukkan pada Doktor  bahawa saya telah  berusaha  sehabis baik membaca dan memahami pembelajarannya.

Dalam hati saya sering berdoa,walaupun markah saya teruk,Namun saya tetap syahid(saksikan) atas setiap ilmu yang disampaikan kepada saya.Ianya sangat berguna untuk sayang sendiri mengenal Akan tuhan saya ini iaitu Allah.Doa saya 'Semoga Allah permudahkan urusan hidup dan mati Doktor ini kerana telah berusaha memudahkan saya untuk balik Malaysia tahun ini.Saya sayang Doktor seperti atuk saya sendiri :') '


* * *

Selesai kertas peperiksaan dipulangkan ke tangan pelajar,saya melihat markah dan hasil yang perolehi dengan usaha saya itu.'1/20?' Menjerit hati saya.Bagaimana saya mahu lulus,jika masalahnya sebegini rupa? Monolog saya seorang diri itu sudah mula membuatkan air mata saya sudah mula bertakung.Hanya tunggu masa untuk keluar dari kelas sahaja dan merembeskan esak tangis saya kepada Allah.Sambil itu dalam hati saya bertanya-tanya,'Mengapa aku begitu bengap untuk memahami subjek yang satu ini? mengapa tidak diberi peluang untuk aku memperolehi kesenangan dengan markah yang mungkin agak baik dari markah tersebut?' Beribu persoalan yang datang menjengah dalam benak saya ,begitu membuatkan dada saya mulai berombak kencang.Air mata mula gugur.Dan saya tidak dapat kembali menumpukan perhatian dalam kelas.Saya tidak pula sesekali mengangkat muka.Bimbang Doktor akan bertanya saya dalam kelas.Saya malu. 

Setelah kelas bersurai,saya melangkah lemah keluar dari kelas itu.Menyusun langkah kaki ke satu kawasan lepak akhawat-akhawat,sebahagian dari tempat tersorok.Saya lupa bilik doktor ada tidak jauh dari situ,Saya tidak peduli apa ada pun,saya mahu melepaskan tekanan ini.Lepaskan sebentar untuk lebih redha.Redha dengan apa yang saya miliki tadi.Saya menarik nafas dalam-dalam dan kemudian melepaskan dengan deraian air mata yang sangat laju.Basah kuyup purdah saya ketika itu.Saya berdiri di tingkap dan menghadap jendela.Memandang kehijauan untuk lebih rasa dekat dengan kehidupan yang penuh memberi pengajaran dan mungkin sesekali memberi jawapan.Saya menatap mereka bagaikan sedang berbicara dengan kehidupan.Alam bagaikan sedang turut serta memujuk hati saya.Sendiri,saya benar-benar terasa sendiri.Saat itu saya bercakap seorang diri,tapi hakikatnya saya sedang berbicara terus kepada Allah.'Allah..pujuklah hatiku ini.Pujuklah agar hambaMu ini redha dengan apa yang telah kebanyakan manusia menilai terhadap dirku ini.'


Kali ini saya menangis memang tersendu-sendu,sehingga kedatangan Doktor ke sisi saya begitu membuatkan saya terperanjat besar.Cepat-cepat saya menarik purdah menutup sebahagian wajah saya.Tetapi sendu pilu saya masih tidak dapat ditenangkan,air mata tetap juga gugur walaupun otak saya sudah memberi isyarat agar berhenti.
Pada ketika itu,doktor memanggil nama saya." Ya Binti Saidah,Ma biki? ( Wahai Anakku,Saidah.Mengapa dengan kamu?"

Doktor bertanya dengan nada yang agak kendur membuatkan saya rasa lega untuk berinteraksi dengannya.Tetapi di saat itu,saya tidak mampu berkata apa-apa kerana sendu saya bagaikan bersaing hebat di antara mengeluarkan kata-kata atau sendu tangis.

Setelah melihat saya hanya diam dan memandang padanya tanpa sebarang patah perkataan,Doktor memanggil saya masuk ke pejabatnya dan dalam fikiran saya kali ini adalah satu perasaan nekad, iaitu memilih untuk menuruti apa yang disarankan suami supaya berterus terang setiap masalah yang dihadapi kepada Doktor."Insya Allah ,Doktor akan memahami setiap dari  pelajarnya".Kata-kata suami saya membautkan saya kembali bertenaga semula.Saya mula positif dan yakin bahawa setiap masalah yang berlaku pastinya bersebab dan Formula penyelesaianya adalah semesti diajukan pada yg menanggung soalan dan permasalahanya.

Akhirnya saya berterus terang.Saya hanya mahu doktor tahu yang saya tidak pernah bermain dalam konsep mencari ilmu,apatah lagi ilmu yang berkaitan akidah ini.


Saya menceritakan kepada doktor setiap masalah yang saya hadapi berkaitan dengan subjeknya.Saya memberitahunya dari hati kecil saya berpaksikan janji Tuhan,saya benar-benar suka dan cinta akan ilmunya yang satu ini.Belum pernah saya menjadi begitu optimis terhadap buku-buku,melainkan semuanya berpunca dari satu titik kefahaman yang emnuntuk saya untuk faham kesemuanya.Saya jadi semangat untuk memiliknya.Tamak dengannya.Antara sebab tersebut kerana Allah membuatkan semangat inkuiri saya meningkat tentang ilmu yang disampaikan doktor tersebut.Saya cuba terjemah helaian demi helaian kerana saya benar-benar mahu faham betul dan mahu sebarkan ilmu yang saya miliki ini kepada orang lain juga.


Akhirnya,saya berasa resapan dari Allah.Allah Maha menilai setiap usaha saya.Dan hari ini saya menangis lagi tanpa malu di hadapan doktor dan memilih untuk memberitahu kerana kejahilan dan semangat ingin tahu saya membuatkan saya mengkaji ilmu ini.Walaupun saya tidak sihat,dan sering tidak dapat hadir ke kelas,namun setiap masa saya akan membuka sesawang website yang dipercayai untuk belajar tanpa henti.Menterjemah buku dan membaca dengan hati-hati.Walaupun susah dan memeningkan,saya tetap membacanya walaupun dalam keadaan air mata seringkali menitis.Saya hanya mengharap Allah buka dan terus buka hati ni untuk simpan ilmuNya itu.

Alhamdulillah.Saya perlu lakukan yang terbaik untuk kali ini.Sepulangan ke Malaysia nanti,saya tidak akan persiakan setiap air mata yang tumpah dek kerana subjek ini,Dan saya janji pada diri akan menjadi seseorang untuk meenyebarkannya.

" Ya Allah,bantu hambaMu ini ;'( "


* * *


Sebelum pulang Doktor pesan pada saya ;

" Wahai binti Saidah.ketika kamu mahu membuka kitab,maka setiap kali  itulah kamu  perlu menyebut ini ' bismillahi tawakkal a'lallah ' kemudian belajarlah.Sudah,jangan menangis.Saya ajan membantu kamu."

Kemudian doa disoroti khas untuk saya dari mulut Doktor tersebut.Ketika itu,saya terharu sangat,dan lagi laju air mata saya mengalir.Saya aminkan,Amin kuat-kuat berulangkali agar semuanya beroleh keberkatan.

Saya mengangguk dan mengucapkan 'syukran' dengan dada yang berombak dan penuh sendu kepada doktor.Kemudian Doktor minta saya supaya pulang dan solat zohor,serta jangan menangis lagi.

Saya angguk dan terus melangkah keluar dari pejabatnya dan kemudian berlari-lari anak ke masjid universiti Yarmouk.Mahu sujud syukur,kerana Allah bantu saya lagi.Alhamdulillah.

Allah :')


* * *

Mujahidah Hafizah,
DaieArt @LoivartLinkTeam.

20 hb July 2013
(Edit semula dari status facebook siang tadi.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang