Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
Wahai tuhan,aku minta Kau tuntun langkahku ini.Aku telah pun memilih jalan,dan Kau juga telah mengizinkan langkah ku teratur lagi.Sungguh aku benar-benar tidak tahu penghujungnya.Bahkan apa yang ada disebalik bukit sana pun belum pernah terlintas akan apa yang bakal berlaku.Aku menyerah,pasrah dan berlajar untuk terima dengan hati yang terbuka,Ikhlas dan redha dengan semuanya.
Ya Allah,ikhlaskah aku selama aku dipilih menjadi isteri kepada seorang lelaki dari hambaMu ini?
Ya Allah,redhakah dia akan diriku yang penuh khilaf lagi jahil ini?
Tuhan,
Aku ingin pergi kepadaMu.
Aku tidak ingin pergi lagi selain dalam dakapan cintaMu.
Au benar-benar lemah dan ingin mati dan hidup di sisiMu.
Tuhanku-Allah !
Tidak terucap oleh kedua bibirku,
membicarakan apa yang ada dalam dada.
Tuhan,aku pasti Kau pasti tahu.
Allah,tabahkan hatiku dan kuatkanlah imanku,
dalam mengharungi hidup,
jika masih dititipkan nafas untukku.
Allah,redhakanlah diriku,
dalam menghadapi detik kematian yang menghidupkan,
jika kematian itu yang terbaik untukku saat itu.
Allah,jemputlah aku kembali kepadaMu,
Agar aku tidak melakukan dosa lebih banyak kepada hambaMu,
Aku takut,kerana merekalah terbentuknya tingkah lakuku.
Aku manusia berpengaruh dan terpengaruh,
Kerana itu menyebabkan aku semakin jauh.
Allah,pimpin aku agar tidak lagi jatuh,
Aku mahu di sisiMu dengan iman yang kukuh.
selamanya!
* * *
Mujahidah Hafizah,
Ramadhan 12/1434 H
06:40 PM

No comments:
Post a Comment