Selamat Bertandang Rumah Online KNMH
- Conversation started today
- Dai'eArt Hafizah[ Jemput Koreksi Minda Tarbiyah ]
Kadang-kadang terasa jugak nak post kembali gambar-gambar macam ana lakukan pada dinding-dinding muka buku 'Mujahidah Hafizah' dahulu,Tetapi,lantas ada satu ayat yang telah jitu mengekang ana berkelakuan demikian.' Adakah sama orang yang menyucikan hatinya ( bertaubat nasuha) dengan orang yang lalai? 'Tersentap!* * *Justeru ana memilih terus istiqamah begini dalam penyampaian dakwah,jika ada gambar yngg perlu dipaparkan,ana akan pastikan ianya tidak mempunyai unsur fitnah ( merosakkan agama ) dalam islam itu sendiri.Sebelum ana menjadi seorang yg bergelar isteri dua bulan yang lepas,ana berazam untuk berubah dari segi cara bermuamalat di media sosial.Bukan kerana ingin menjaga maruah bakal suami ketika itu,tetapi ianya lebih kepada ingin menjadi baik dan mahu tunjukkan satu adab mahmudah berkaitan islam itu sendiri.Akhirnya,selepas ana benar-benar dipilih Allah utk menjadi seotang isteri,maka segala niat yangg ana azamkan itu mula menjadi kenyataan.Sedikit demi sedikit ana terbiasa,ditambah pula sokongan dan dokongan kekasih hati,suami tercinta dalam meneladani contoh peribadi mulia Rasulullah SAW bersama.Ana teruja dan mula belajar lebih serius dalam mengurus adab dalam islam itu.Beradab demi Kebaikan Islam dan menjadi yang benar-benar Islam dengan beradab yang baik.Kami berusaha melangkah bersama.Alhamdulillah.Facebook,blog,twitter,adalah antara medan yang cukup memberi erti tolak banding ana menjadi pemikir tentang islam itu sendiri.Membaca post membina,ana terbina.Membaca post melalaikan,ana kesedihan.Di situ ana dapat belajar rasa apakah itu yang dinamakan perasaan jelek apabila isu mengarut dan kurang matang naik di dinding-dinding muka buku para ilmuan( Baca: orang yang mempunyai ilmu yang mampu membeza haq dan batil).Semuanya ana dekati melalui cara bermuamalat berdasarkan bahasa tulisan.Pada ana,tulisan benar-benar melambangkan peribadi penulisnya.Ana amat akui perkara itu.Penulisan ini bersifat jujur ada probaliti berkesimpulan abstrak.Walaupun sukar diterjemah luaran penulisnya,namun jauh lebih nyata, pembaca sedikit sebanyak dapat mengenal dalaman seorang penulis.Teringat kata-kata seorang teman, "Mana ada tulisan tanpa niat.Tulisan selalunya akan lahir dari hati dan minda sedar.Jika ada yang lahir dari mida bawah sedar,ia adalah sebuah tulisan yang menghasilkan penulisan yang sangat karut."Biar apa pun,meneliti zaman jahiliyah yang semalam membangkitkan ana untuk berubah lebih baik dan membaikkan.Menjadi lebih hikmah dalam menongkah arus kejahilan dalam masyarakat itu seakan-akan kelihatan lebih mudah.Kerana apa?Kerana apabila kita pernah jahil dan berada di persimpangan antara betul dan salah,di saat kita pernah keliru tidak tahu arah jalan yang terbaik,bahkan semestinya dengan ketiadaan ilmu dan tempat mengadu.Kita akan terasa seolah-olah kita inilah antara yang terpanggil.Setelah kita berjaya memperoleh ilmu dan kefahaman yang benar dibasahi juga dengan cahaya hidayah itu,apakah kita sanggup melihat dan membiarkan orang lain yang menjadi seperti kita kelmarin turut merasa susah di saar mencari jalan itu? Pastinya tidak bukan?.Inilah dakwah.Dan ana berubah kerana kunci itu.Ana selalu berpengang bahawa kesan dakwah itu adalah menjadi seseorang yang baik dan lebih baik bahkan mampu membaikkan sesuatu dengan sehabis baik.Kesimpulan ana, di dalam menjadi pendakwah di medan sastera penulisan,terutamanya di medan sosial facebook dan twitter ini,adalah lebih baik untuk para dai'e lebih tegas agar dirinya kekal beradab dalam dunia nyata atau di dunia maya.Adab itu adalah pakaian orang mukmin.Cantiknya adab yang diamalkan itu,maka cantiklah pandangan dunia terhadap Islam.Lihatlah,betapa besarnya pengaruh adab dalam Islam." Sesungguhnya akhlak baginda Rasulullah saw adalah al-quran " - hadis yang disampaikan oleh Aishah R.Ha ,isteri baginda merangkap ummul mukminin kita.Jadi,apa salahnya kita menyelongkar lebih banyak buku adab itu dan kembali menjadi yang beradab.Marilah,kita mula langkah ini,beradab dengan ilmu melalui sunnah dan alquran Beradab demi mengangkat Nilai Islam ke tingkatan yang lebih tinggi.Hassan Al-Banna pernah menyatakan ;" Kitab yang tersusun di perpustakaan sedikit sekali yang membacanya, tetapi seorang muslim yang yang mengamalkan ilmunya adalah merupakan kitab yang terbuka yang dibaca oleh sesiapa sahaja yang melihatnya."Lihat, betapa hebatnya pengaruh ilmu kepada yang mencari ilmu.Dan adalah sangat mudah untuk menyampaikan ilmu itu sekiranya kita sentiada keterdepan dalam meniliti adab yang mahmudah dalam amalan seharian.Allahu a'lam.* * *
Sebelum akhir,ana ingin membawa kalian untuk menhayati selingan dari puisi Tulisan Afiq Sazlan berkaitan ADAB ;Ibu bapa.
Umi ayah.
Mama papa.Kesemuanya bermula dengan yang melahirkan terlebih dahulu,
yang berjiwa penyayang dan lemah lembut.
Yakni ibu, umi dan mama kita.Tapi, tibanya perihal Baitul Muslim,
Zauj Zaujah.Suami Isteri.Datangnya si Qawama (pelindung) terlebih dahulu,
yang berjiwa murabbi dan bersifat menjaga.
Yakni zauj dan suami wanita sekaliannya.Begitu juga pabila tibanya perihal urusan professional,
Tuan-tuan dan Puan-puan.
Pakcik dan Makcik.
Ustaz Ustazah.
Datuk Datin.Diletakkan yang bersifat ketuanan dihadapan,
sejajar dengan kebolehan tersendiri yang dikurniakan Yang Maha Esa.Dalam kehidupan seharian kita,
ada adab-adabnya.Tidak semuanya boleh diguna pakai,
dalam setiap satu situasi.Ada kalanya kita perlu mengubah,
ada kalanya kita perlu berdiri teguh.Namun begitu,
bukan kehendak hati yang menjadi penentu,
tetapi kebijaksanaan akal yang menjadi pengukur.Tidak akan sama adab-adab dalam majlis rasmi,
dengan adab-adab dalam sesebuah walimatul Urus.Barangkali melibatkan orang yang sama,
tetapi bukan dengan cara yang sama.Begitu juga adab dengan seorang wanita,
baik yang Muslimah mahupun tidak,apatah lagi yang bergelar akhawat.Walau siapapun anda,
baik seorang ketua dalam organisasi,
mahupun seorang sahabat lama,
ataupun seorang rakan seperjuangan,
ada adab-adabnya.Terutamanya pabila melibatkan seorang zaujah,
yang mempunyai seorang zauj.
Ada adab-adabnya.Jika berbincang perihal urusan rasmi,
silalah maklumkan secara rasmi.Tetapi pabila ingin bertanya perihal selain daripada itu,
silalah hubungi zaujnya,
dan meminta kebenaran.Tidak perlu menawarkan perkhidmatan,
mahupun meminta perkhidmatan,
yang sewajarnya hanya untuk zaujnya.
Ada adab-adabnya.Tidak sama cara menghubungi seorang Muslimah yang belum berkahwin,
dengan yang sudah berbaitul Muslim.Jika sebelum ini,
anda boleh terus menghubunginya di telefon,
ataupun di dalam private message Facebook,
kini anda perlulah menghubungi zaujnya pula,
lagi-lagi bila si zaujnya anda kenali jua,
apa lagi alasan untuk anda menghubungi si zaujah?Di manakah adab-adab anda?Hanya kerna anda merasa si zauj percayakan anda,
tidak semestinya adab-adab boleh diketepikan.Dan,
tidak semestinya tiada hati yang terasa,
apatah lagi maruah yang tercalar.Adab.Kayu ukur seorang manusia.
Siapalah kita,tanpa adab.Dan akhlak.
Siapalah kita,tanpanya.Moga Allah redha.
-afiqsazlan.0955.07072013.-* * *
Ditulis dan disusun oleh,
Mujahidah Hafizah
Dai'eArt Loivart Team
( 7 Julai 2013 )
# Editor Kelab Penulisan Irbid Jordan #
No comments:
Post a Comment