Monday, July 8, 2013

Perjalanan Hidup Daie 1 : Berdakwah Melalui Akhlak.

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

" imanuki qawwie,masya Allah!,inni...la'! " kata seorang lelaki arab kepada saya.

Saya memandang kepadanya.Biarpun terselindung disebalik niqab yang menutupi seluruh wajah saya kecuali yang kelihatan hanya mata saya,dia tetap mengetahui saya sedang senyum padanya.Berbalas senyuman itu.

" Sami3tu annaki bilqiraah quran.Jaid! " katanya dengan sungguh-sungguh.Saya diam.Mahu dengar apa yang dia mahu beritahu.Tekun saya mengamati kata-kata arab ammi jordannya itu.

" kana aslan,al-arabiyun kana dhaif iman.jiddan,jiddan."

Saya berpaling sebentar mendapatkan wajahnya,

" esyh? " saya sengaja bertanya berbasa basi.

" enti,imanuki jamil.Yakni syuftu enti anna taqarrub wa fahmin zai islam kana 3ahdi rasulullah saw,masya Allah.Wa imma ana,la!.Ana mud3af fil iman.Syadid! Ana uhibbuki biltizam zai hek." Dia menerangkan dengan wajah yang sangat bahagia.

Saya hanya senyum.Dalam hati saya ;
' Subhanallah! ,inilah yang dikatakan Syeikh Hassan Albanna akan perihal seorang yang muslim itu.
(Kitab yang ada di perpustakaaan sedikit sekali yang mengambil dan membacanya,tetapi seorang islam yang mengamalkan ilmunya adalah kitab yang terbuka,yang mana semua orang dapat membacanya.)'

Saya tidak henti-henti melafazkan lafaz-lafaz syukur.Allahu Allah!

" Ya ukht,mumkin annaki sa3iduni? "

Saya memandang padanya sekali lagi.Curiga pula kali ini.Bimbang bait-bait agama di jadikan bahan mainan, dipersenda untuk meminta simpati manusia.

Saya masih berhusnul zhon,dan kemudian bertanya ;" esyh..,syu biddik?,in sya Allah." Ana membalas kepadanya.

" Ud3uu ili likai imani murtafarru3ah wa akhlaki zai akhlaki,mumtaz! ud3uu ili ( dilafazkan 3 kali )" 

Saya senyum lagi.Saya mengangguk menyatakan bahawa saya akan cuba doakan untuk lelaki itu.Kemudian saya membuka langkah dan berlalu pergi.

***
Sepanjang saya mula melangkah dari tempat kejadian,air mata saya tumpah.Sedikit demi sedikit.' Iman' hanya itu yang dia minta saya doakan untuknya.Hanya itu?! Subhanallah!

Saya menangis.Saya teris berdoa kerana keyakinan Allah ada di mana-mana.Dan disebabkan saya merupakan ahli yang bermusafir berjihad mencari ilmu Allah di perantauan,maka saya berdoa.Saya bagaikan bersembang-sembang dengan Allah ( berdoa tanpa menwdah tangan ) di Sepanjang langkah pulang ke Perkarangan universiti.

" Kita ini,umat nabi Muhammad akhir zaman,iman kita ini nipiiiis sangat.Nak mengharapkan amalan kita boleh bantu kita masuk syurga? memang tak! Hanya Rahim Allah yang membolehkan kita masuk syurga,Iman kita pada Allah dan pada Rasulnya itulah yang menyelamatkan kita.Iman!" .Tiba-tiba lafaz umi bagaikan sedang berkata kepada saya.Umi saya sering melafazkan pada saya di saat saya muda remaja dulu.Teringang-ngiang di telinga saya.Sehingga sekarang!

***
Lokasi kejadian : Arabella Mall,Irbid Jordan.
Masa : Jam 11:30 pagi ( waktu Jordan )- 8 Julai 2013
Watak : Mujahidah Hafizah dan lelaki arab(Muslim).
perasaan : Masya Allah,Allah is greater! sebab hari ini saya dipraktikalkan Allah akan fungsi Syahadah itu.Subhanallah;')

***
By: Mujahidah Hafizah
DaieArt @Loivart Link Team.
( 08072013 )

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang