Tuesday, June 26, 2012

Puisi PK: Kehidupan

KEHIDUPAN...


Pagi Subuh...

Dikala embun menitis perlahan,
Terdengar jeritan si jantan,
memanggil menjerit melalui kokokan,
Itulah dia si ayam jantan yang tidak segan.

Mata mula merasa berat,
Ditarik selimut dengan kuat,
Di situlah bermulanya jihad,
Berperang dek angkara nafsu jahat.

Di celah-celah corong telinga dihambat,
Terdengar laungan azan yang hebat,
Terjagalah seorang insan bernama Hang Jebat,
Subuh didirikan dengan selamat,
Itulah modal dibawa ke akhirat....

****

Awal Pagi...

Hiruk-pikuk mula berbunyi,
Si nenek mula menanak nasi,
Bunga yang kuncup sudah nampak berseri,
Unggas pula sudah lama menyanyi,
Haiwan berkaki empat mula berlari,
Yang berkaki dua pula melompat sana-sini,
Dek gembiranya terkena pancaran matahari.


Begitulah juga manusia keluar di awal pagi,
Cuba mencari rezeki,
Bermacam kerja sudah menanti,
Menggunakan kudrat anugerah ilahi,
Walaupun peluh membasahi diri,
Digagahi juga walaupun perit menanti,
Indahnya ciptaan Allah di muka bumi,
Bersamalah kita merendahkan hati,
Menunaikan DHUHA itulah kunci,
Supaya rezeki yang dicari tadi,
Diberkati malah diredhai...


****
Tengahari Menjelma...

Awan terlalu laju bergerak,
Matahari pula sudah mula mengambil tempat terpacak,
Perlahan-lahan insan mula mengatur tapak,
Makhluk pula tidak teragak-agak,
Mencari masa untuk bertindak,
Merehatkan diri dari panas yang menggelegak,
Orang dirumah sudah siap menu yang dimasak,
Sesudah selesai disiram dengan air mutlak,
Menunggu bersama untuk diajak,
Itulah sunnah yang sering kali kita nampak,
Menghadap rezeki tidak berganjak,
Itulah adab yang sering dipasak,
Zohor dijaga agar tidak rosak,
Berjemaah bersama diwaktu sesak,
Kerana mata mula terdesak,
Keletihan sudah mula mengasak,
Akhirnya rebah tidak bergerak...

****

Petang Yang Nyaman...


Inilah waktu yang dinanti dan ditunggu,
Unggas berkicauan ibarat menyanyi sebuah lagu,
Haiwan yang berehat kini berlari laju,
Mencari arah tempat dituju,
Menyambung aktiviti yang telah terganggu,
Dek panas yang menyerang diwaktu tertentu.


Remaja-remaja pun begitu,
Kecil besar muda mula bersatu,
Disetiap sudut seperti kelkatu,
Menghilangkan bosan dan juga rindu.


Azan berkumandang bererti masuknya waktu,
Mulalah masjid kosong seperti selalu,
Adakah tidak mendengar atau buat-buat tidak tahu,
Persoalan yang masih dibelenggu,
Berbagai ragam dapat dihidu,
Terlalu banyak perkara yang berlaku,
Ibarat membalas dendam perkara yang lalu,
Ingatlah pesanan ayah dan ibu,
Nabi pun berpesan buat begitu,
Supaya hidup sentiasa direstu,
Semoga hidup aman bersatu,
Ikhlas dari hati untuk penduduk kampungku.

****


Malam DiCipta...

Langit yang indah bertukar merah,
Semua hidupan bertukar arah,
Ada yang kembali diarah,
Ada yang rela mengalah,
Ada juga yang tidak rasa bersalah,
Dan ada juga yang kena marah...

Kerana fikiran yang sukar diubah,
Tidak jumpa jalan ke rumah,

Azan maghrib tidak diendah,
Begitulah manusia yang akhlaknya rendah.

Sepilah lagi masjid yang indah,
Hanya dipenuhi oleh si datuk dan si ayah,
Kemana perginya pahlawan yang gagah,
Syahidkah?
Hilangkah?
Sesatkah?
Sakitkah?

Atau buat-buat tak kisah,
Erm..entahlah,
Jawapanku Mudah,
Aku serahkan segala-galanya pada Allah,
Semoga mereka semua menerima hidayah,
Hendak ditegur takut menjadi amarah,
Bukan mengelak cuma serba salah...

Azan isyak dilaung seperti Bilal Bin Rabah,
Alhamdulillah didengari di setiap sudut rumah,
Tapi sayang... sedikit saja yang singgah,
Masjid juga tidak dilengkapi dengan kuliyah,
Itulah yang mungkin menjadi masalah!...

Banyak yang perlu diubah...
Bukan mudah!
Untuk membentuk sebuah jamaah,
Sangat susah!
Untuk mencapai persamaan tentang fikhrah,
Cuba diajar melalui usrah,
Supaya terbentuk budaya mentarbiyah.

Akhirnya diri menjadi pasrah,
Di sini tercetusnya sahwah,
Tetapi susah untuk bergerak di dalam harakah.


Ya Allah permudahkanlah,
Untuk membentuk sebuah ummah,
Yang akrab dan berhemah,
Janganlah sampai berpecah belah,
Cukuplah sekadar menulis bukan untuk marah,
Kerana Syurga bermula dari rumah,
Tapi sayang di sini tiada madrasah,
Hanya ilmu yang diajar di sekolah,
Cukupkah?

Banyak yang perlu dibedah,
Bukan hanya buku sebuah,
Mencari ilmu perlu meredah,
Ia tidak datang bergolek mudah.


Bukankah ada sebuah pepatah,
Belajarlah sampai ke negeri china yang indah,

Mempunyai tembok besar yang megah,
Semoga berjaya InsyaAllah,
Itulah pesanan Saidah Hafizah,
Akanku ingat sehingga ke alam berzakh,
Alhamdulillah,
Selesai sudah...


Nukilan ku kerana mu Ya Allah,
Tak lupa juga wahai nabiku ya Rasulallah,
Belajar untuk tidak bercakap sepatah,
Cuba merungkai pelbagai masalah,
Melalui penulisan yang rendah,
Semoga semuanya menjadi indah,
Terima kasih juga Mujahidah Hafizah,
Tak henti-henti mencurah,
Ilmumu seperti laut, bukit dan lurah,
Semoga dirimu kekal bermujahadah,
Doaku untukmu wahai muslimah,
Jadilah insan sehingga digelar Solehah...

****
Tengah Malam Datang...


Di hening malam yang dingin,
Tidak didengari suara dan enjin,
Cuma merasai tiupan angin,
Insan pula dilitupi kain,
Makhluk juga seperti yang lain,
Embun jantan kembali terjalin,
Membuat malam menjadi hero dan heroin,
Menjadikan manusia tidak ingin,

Bertahajud dan berdoa padamu ya Rabbul alamin.

Adakah semuanya terjamin,
Mendapat jannahmu yang diizin,
Ya Allah bantulah umatmu menjadi mukmin,
Muhsin dan seterusnya mendapat Muttaqin,
Amin,
Ya Rabbul Alamin...

-----------------------------------------

Hasil nukilan: Pedang Keadilan
2.45 AM - Ditulis di susana kampung~

Dilandkapkan oleh : Admin Nota Kanvas Mujahidah Hafizah.
Tarikh tulis: 25 JUN 2012 
------
p/s: Nukilan Peribadi Pedang Keadilan.
segala perkongsian perlu keizinan penulis.

Hak Terbitan Personal-Terpelihara NKMH.blogspot.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang