Showing posts with label Hadis2. Show all posts
Showing posts with label Hadis2. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

15 Anugerah Wanita Yang Tidak Terdapat Pada Lelaki


1.Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
 13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.


14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah

Sunday, April 15, 2012

:: Hatiku Hatimu :: -Kebersihan dan Keindahan-

Bismilahirrahmanirrahim.
sahabat2ku yg awesome!
 hayatilah dan renungilah masalah hati kita bersama.


Iman Al- Ghazali berkata:
Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka.



Sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa;
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).





Friday, April 6, 2012

Dakwah : Hikmah Sifat Org Berilmu-Taqwa

bnu Rajab berkata: 
“Kebanyakan generasi sekarang mengira bahawa banyak bicara, suka berdebat, suka berbantah dalam masalah agama, adalah lebih tahu dari orang yang tidak seperti demikian, inilah suatu kebodohan, cuba kita lihat bagaimana para sahabat sangat sedikit perkataan mereka bila dibandingkan dengan perkataan tabi’iin, sedangkan para sahabat jauh lebih berilmu bila dibandingkan dengan tabi’iin, begitu juga halnya tabi’ tabi’iin dengan tabi”in, ilmu bukanlah diukur dengan banyak riwayat dan tidak pula diukur dengan banyak bicara tetapi ilmu adalah cahaya yang diberikan Allah kedalam hati seseorang yang menjadikannya faham tentang kebenaran, dan mampu membezakan antara yang haq dengan yang batil, serta mengungkapkannya dengan perkataan yang mudah difahami dan padat serta tepat dalam menyampaikan kepada apa yang di maksudkan.”



Klik gambar untuk baca :


Thursday, April 5, 2012

Dakwah: Banyak Diam

بسم الله الرحمن الرحيم

سبحن الله , والحمدلله , ولااله الاالله, الله اكبر

 " Banyak Diam "

Banyak diam dan hanya bercakap perkara - perkara yang  berhikmah bagi menyenangkan orang lain yang meminta mereka untuk bercakap.

Kata sebahagian mereka hikmah itu  tercetus daripada 4 perkara : 

1. Sering menyesal  setiap kali melakukan dosa.
2. Sentiasa bersipa sedia untuk menghadapi mati.
3. Kosong perut dengan banyak berpuasa atau kurang makan.
4. Banyak berkawan dengan orang yang zuhud pada dunia.

Kata sebahagian mereka " Bertuturlah kamu dengan perkara - perkara yang hikmah kerana ia akan menyebabkann duduknya orang - orang yang miskin di dalam majlis raja- raja."

Kata Imam As-Syafie : " Manusia yang paling bersifat dengan kekurangan adalah manusia yang selesa dengan dengki dan dendam yang ada pada dirinya."

Sabda Nabi Saw : 

 من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا  او ليصمت
" Barangsiapa yang beriman dengan Allah swt dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkara - perkara yang baik atau diam."

أبو علي الدقاق يقول : من سكت عن الحق فهو شيطان أخرس
Kata Abu Ali Ad - Daqqaq : "Barangsiapa yang diam daripada menyatakan yang benar maka dia adalah syaitan bisu."

قال سهل بن عبدالله : لا يصح لاحد الصمت حتى يلزم نفسه للخلوة
Kata Sahal Bin Abdullah : " Seseorang itu tidak boleh banyak diam daripada banyak bercakap melainkan setelah dia melazimkan dirinya dengan menyendiri daripada manusia."

والله أعلم بصواب

Monday, March 19, 2012

:: 9 Jenis Anak Syaitan ::

بسم الله الرحمن الرحيم
لله تعالى

#ku sebarkan ilmu untuk kita sama2 keluar dari kepompong jahiliyah.#

**********************

---9 jenis anak syaitan---
 Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun 
* Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 

 2. Wathiin
* Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

 3. A’awan
* Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

 4. Haffaf 
* Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras). 

 5. Murrah
* Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain. 

 6. Masuud 
* Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 

 7. Daasim
* Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

 8. Walahaan
* Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

 9. Lakhuus 
* Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?


sumber by :
 cc: Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Thursday, December 15, 2011

Hadis 1:

Pesanan Imam Al-Ghazali :
"Carilah hatimu pada 3 tempat,sewaktu membaca Al-quran, jika engkau tidak temui,carilah ketika solat.

Jika engkau tidak temui, carilah ketika mengingati mati. jika engkau tidak temui,berdoalah pada Allah agar diberi hati yang baru. kerana hakikatnya pada ketika itu engkau tidak mempunyai hati"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang