Thursday, April 5, 2012

Dakwah: Banyak Diam

بسم الله الرحمن الرحيم

سبحن الله , والحمدلله , ولااله الاالله, الله اكبر

 " Banyak Diam "

Banyak diam dan hanya bercakap perkara - perkara yang  berhikmah bagi menyenangkan orang lain yang meminta mereka untuk bercakap.

Kata sebahagian mereka hikmah itu  tercetus daripada 4 perkara : 

1. Sering menyesal  setiap kali melakukan dosa.
2. Sentiasa bersipa sedia untuk menghadapi mati.
3. Kosong perut dengan banyak berpuasa atau kurang makan.
4. Banyak berkawan dengan orang yang zuhud pada dunia.

Kata sebahagian mereka " Bertuturlah kamu dengan perkara - perkara yang hikmah kerana ia akan menyebabkann duduknya orang - orang yang miskin di dalam majlis raja- raja."

Kata Imam As-Syafie : " Manusia yang paling bersifat dengan kekurangan adalah manusia yang selesa dengan dengki dan dendam yang ada pada dirinya."

Sabda Nabi Saw : 

 من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا  او ليصمت
" Barangsiapa yang beriman dengan Allah swt dan hari akhirat hendaklah ia bercakap dengan perkara - perkara yang baik atau diam."

أبو علي الدقاق يقول : من سكت عن الحق فهو شيطان أخرس
Kata Abu Ali Ad - Daqqaq : "Barangsiapa yang diam daripada menyatakan yang benar maka dia adalah syaitan bisu."

قال سهل بن عبدالله : لا يصح لاحد الصمت حتى يلزم نفسه للخلوة
Kata Sahal Bin Abdullah : " Seseorang itu tidak boleh banyak diam daripada banyak bercakap melainkan setelah dia melazimkan dirinya dengan menyendiri daripada manusia."

والله أعلم بصواب

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang