Istiqamahlah Niqabis
Alahai Niqab.
Dulu..sebelum aku belum pernah mengenalimu,
memandang wanita memakaimu,
serius aku takut!
sedikit demi sedikit,
aku mula berkawan dengan niqabis tahfiz,
aku mula terpersona,
lembut gayanya, tutur bicaranya,
tertutup!
wajahnya??...usah dikata lagi.
walaupun aku ini juga perempuan,
keinginan dan hasrat hati sering sahaja
menanti niqabis2 menyelak niqab diri mereka!
Fuhh!!!
Terpersona~
masakan wajah yang jarang dilihat tidak tampil kelihatan cantik?
macam ada cahaya di sapa ke mukanya.
berseri sahaja~
Asalnya...mereka juga biasa-biasa sahaja,
macam aku dan juga mereka.
kalau dipandang berkali-kali,
ahh..mungkin saja tiada bezanya.
tapi itu juga kelebihannya.
kenapa??
kerana jarang dilihat dan diperhati.
sering disukai tapi tak sape mengenali.
fuh!..hebat~
aku teruja amat!
Sehingga aku sendiri dipilih Allah memakainya,
mula-mula berjinak..Allah seksanya~
nak cover time makannya,
sesak nafas??..usah diteka lagi,
jawapan sudah pasti.
Hari demi Hari,
trend dunia semakin menjadi-jadi,
ada yg makin telanjang sampai x cukup kain yg diinchi,
namun, alhamdulillah jugak syukur pada Illahi,
sebab apa you tau?..because Allah pegang betul hati ni~
Aku mula bergelar niqabis sejati.^.^
Mana pergi,dalam negara luar negara tetap dengan jati diri,
buka niqab?? erm..x mudah sekali!
bukan taksub trendy atau mahu dipuji,
tapi sebab awal dimula dengan niat suci,
aikk...jap2 ye~bukan untuk menarik calon suami,
bukan!!!..tapi semata-mata melatih diri jadi tawadu' dgn Rabbul Izzati.
mudah-mudahan Allah sendiri yang memilih aku melihatNYa suatu hari nanti.
wahhh...itulah penantian yg pasti,
yg dinanti-nanti~
______________
doakan niqabis2 sentiasa istiqamah dengan pilihan pakaian yg dipilih.
jgn sekejap pakai sekejap tak,tanpa urusan yg lebih terperinci.
pesan my mom ku ingat sehingga kini :- "pakailah pakaianmu,supaya org mengenalimu"
kata2 imam Hasan AlBanna:- " Buku yang diperpustakaan sedikit sekali yang ingin membacanya, tetapi seorang islam yg berjalan keluar adalah sebuah buku yang terbuka setiap masa.Menjadi rujukan org kepadanya...
---------------------------
creat by : Mujahidah Hafizah.
@ Sakan University of Yarmouk,Irbid, Jordan.
6.6.2012- 11:47 PM.
No comments:
Post a Comment