Showing posts with label PUISI KRI= MH. Show all posts
Showing posts with label PUISI KRI= MH. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Buat Iman dengan marah dalam iman-isu penyeludupan INJIL dan ahlinya.

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Umat Islam lainnya, bangkitlah sedarlah..'penyeludupan' Injil dijadikan ageda,sebelum rasa sesitiviti keimanan dan solidariti iman masih ada walaupun sekelumit, marilah kita berganjak..berubah sebelum kemusnahan itu datang 'menampar' kita y
g masih tetap leka dan meleka.
Marilah kita BERSATU, bukan melupakan tapi bergandingan sesama ISLAM.jgn biarkan isu ini memakan umat islam dengan mentah2 tanpa ada kita pernah tahuu ingin bergadai rasa syahid dengan pembuktian yg Allah bg pada kita-Alquran.

Muslimin...
Peliharalah kalam Allah dalam hati dan amalkanlah ia..dan
amalkan sunnah terbesar Umat nabi MUhammad saw iaitu SEBARKAN dakwah dan Tarbiyah.
ye ! Sebarkan.

Untukku: ini bukan masa utk fikir suka dan merasa enjoy dalam zon selesa.
tapi ini masa ada ini hanya utk bina UMAT ISLAM Bermatlamat ingin meninggikan KALIMAHNYA-ALLAH.

hey, hey,hey!
jgn nak mengada masa ni nak kata:
"aku bodoh lah, tak pandailah, x belajar agama lah, x diiktiraflah, org x famaous lah bagai semua.."
hey2x...
kalau ko beriman, ni bukan masa nak buang masa!
keluar!... cari ilmu yg benar!
pergi!..sebarkan Indah iman yg kau punya!
Saksikan kekuatan ISLAM itu.
Biarpun dengan cara sendiri.

Hafizah,
aku pesan pada diri ini,
mulakanlah langkah kelelahan ini.
Biar x ternilai di mata manusia,
kamu beriman akan Allah da RasulNya...
Lakukannya Demi Allah dan ISLAM!
lakukan...jgn takut!
Allah..ada je mana2.

Friday, November 30, 2012

Untuk Babah,Umi-Simfolis Tinggal Rasa Mati !

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH


Sentiasa merasa bersedia jika org tersayang dan penting pergi dari kita.

Babah,Umi..
akak rinduuuu.
akak TAKUT kehilangan umi dan babah.

Bila akak cakap macam ni, semua orang akan marah akak,
Mereka cakap,
" Ija ne leh cakap macam tu lah,x baik! "
tapi...
Akak takut.
Akak takut kehilangan umi dan babah.
Akak tak tahu mane lagi tempat akak nak mengadu nasib,berkongsi cerita,..
Akak faham,setiap yang hidup pasti akan merasai mati.Faham sangat-sangat.

Urusan hidup akak sekarang...
semua bende umi dan babah yang sediakan.Bagi makan,pakai,urusan-urusan lain,walaupun hakikatnya umi hanya bagi not-not kertas sahaja ke dalam akaun bank akak.Akak takut membayangkan siapa akak dikala umi dan babah dipanggil tuhan.

Impian akak tak pernah sesekali padam...
Akak selalu bercita-cita nak jadi anak yang terbaik,anak yang solehah,sentiasa bantu umi dan babah,akak x nak susahkan hati umi dan babah,tambah-tambah bila akka suda beranjak dewasa ini.

Akak belum bersedia...
Menerima hakikat yang benar itu.Janji Allah yang satu itu benar!tetapi hakikat itu entahkan bila menjadi hakiki dalam sebuah kehidupan manusia ini.
Akak belum bersedia berdikari seberani mungkin.Akak belum bersedia mengenal dunia tanpa lari dari kalam taujihat yang umi dan babah sisipkan setiap hari.
Akak  masih belum mampu mengurus semua perasaan ini.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu bapaku.Sungguh! hanya merekalah kecintaanku selepas MU dan  NabiMU- Nabi Muhammad SAW.

***
p/s : mungkin entry akan terbalik kisahnya, jika Akak yang pergi dulu.
akak ingin menulisnya lagi, tetapi deraian air mata ini mengaburkan kalam-kalam yang tertera di skrin,maka akak akan tangguhkannya dengan doa buat umi dan babah yg tercinta di Malaysia sekarang ini.

 * اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالديا وارحمهما كما ربيان صغيرا *

Wednesday, November 28, 2012

Hayati Lirik : Maksud Tersirat Disebalik Lagu Tanya Sama Hud-Hud | M.Nasir

Selamat Datang ^.6 ,Assalamualaikum my fellow freinds yg osem!

Anda pecinta PUISI ,SAJAK DAN MUNGKIN PENULIS LIRIK LAGU??
Pernahkah kalian mendengar lagu dendangan M.Nasir ini,bertajuk Tanya Sama Hud-hud?
MH rasa dan pasti ramai yg pernah dan mungkin ada yg boleh mnghafalnya tanpa melihat lagi skrip alunannya.
Tetapi...
Tahukan kalian,bahawa disebalik lirik lagu ini, (yang asalnya sebuah puisi) mempunyai maksud yg tersirat.
nak tahu apakah maksud disebalik bait-bait lagu ini?
baca sini jom!^.^

***
# Lirik Lagu : Tanya Sama Hud-hud -M.Nasir.
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

*M. Nasir
*Tanya Sama Itu Hud-hud
*Pencipta: M. Nasir
*Album: Canggung Mendonan





#Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir#

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan


Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh


Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan tersebut, boleh KLIK SINI!.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu


Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with an open minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini. Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?

sumber: http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/06/maksud-tersirat-lagu-tanya-sama-itu-hud.html

Sunday, September 9, 2012

9 sept, istikharahku menghasilkan rasa setenang ini.Allah~


21 Tahun,
telahku putuskan
rasa hati ini...

Setelah istikharah sudah
memberi ketenangan di hati,
dan harapan umi dan babah
ku harap dpt kuatkan diri ini,
maka keputusanku...

-Aku setuju dan bersedia...
Mengakhiri zaman bujang ini.
Semoga Allah mudahkan hasrat dan impian kami-

***
Ya Allah,
Jadikan keputusan ini sebagai penguat imanku,
Pembakar semangatku,
mengorak langkah dgn cita2 besarku,
dan dpt menutupi seluruh jasad dan fikiranku dari jahiliyah.

Ya Allah,
Aku terima dia seadanya.
Aku menerimanya kerana kekuatan dakwah.

Ya Allah,
Bantu kami sempurnakan separuh usaha kami ke arahMU.
sahabatku2 doakan kami~

SAIDAH HAFIZAH dan SAIFUL RIDZUAN



Saturday, September 1, 2012

#Wasiat dari taman D&T♥ :D#

Bismillahirrahmanirrahim,

#Wasiat dari taman D&T♥ :D#

MERDEKAkan diri dari JAHILIYAH kepada Cahaya ISLAM yg benar!
tiada plot tengah (pertembungan ISLAM& JAHILIYAH) dalam menggapainya...pisahkan3x!
selarikan jalan itu dan pilih tuk berada di jalan penuh cahaya=ISLAM♥!
***
87:14
"Sungguh beruntung org yg menyucikan diri (dgn beriman)."

2:208
" Wahai org2 yg beriman! masuklah kamu secara keseluruhan,dan jgnlah kamu ikuti langkah2 syaitan.Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu."

2:132
"...Wahai anak2ku ! Sesungguhnya Allah tlh memilih agama ini untukmu,maka jgnlah kamu mati kecuali dalam keadaaan MUSLIM♥."
----
Benarlah segala firman Allah♥!


Dakwah santai~

Monday, August 20, 2012

Hargai Persahabatan Kalian , Sahabat~

Tempoh bersahabat adalah tempoh melatih diri bersedia menerima sahabat sejati-(suami @ isteri),
belajar memahami dan tolerasi sesama sahabat beerti belajar menyediakan diri memahami dan tolerasi bersama bakal suami@ Isteri.


Tempoh bersahabat diperantauan begitu mencabar dan mesti letakkan pada diri(doa dan harapan) ~sentiasa 
belajardan mengajar diri sendiri agar hidup lebih bersabar~

Allah pandang hati♥ kita
sedangkan kadang kala tindakan kita cacar marba,
Tetapi manusia (sahabat2)
hanya pandang siapa kita diobjektif mereka.
Jika salah@betul kita saat itu,
maka itulah kita saat selamanya...

Sahabat~
ubahlah corak sisi pandanganmu,
kerana manusia sifatnya sentiasa berubah..
tiada sesuatu yg statik dan nyah dari perubahan.
terima sahabat apa adanya,

Hargailah sahabat dengan menghargai perasaan hormat
erti sebuah persahabatan.
pandanganlah dengan senyuman,
bawakan kegembiraan hatimu yg tenang,
bukan kebosanan dari sifat keegoannmu.





BY: MuHa
( MUjahidah Hafizah )


03:12 am - 21/08/2012
 @ Bayt wafa' , Irbid-Jordan.

Thursday, August 16, 2012

Aduhai Lelaki, Saat Tangisan 'Wanita'mu



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!


Monday, August 13, 2012

Rinduku pada si dia


Ya Allah,
mengapa perasaan ini hadir lagi?
Aku rindukannya!

sungguh,
mengapa ni?
kan aku dah rasa x perlukannya!
mengapa mesti perasaan igtu kembali?
ini iman hadirkan atau hanya nafsu semata?

Ya Allah...
Aku tewas Ya Allah
bantu aku simpan sebaiknya perasaan ini.
Aku harap ia bnukan kerana nafsu,
tetapi kuharapkan ia suatu fitrah cinta yg diri ini perlu.




Oh Tuhan,
sampakan salam ku padanya~
aku rindu dia~

Jika masih ia jodohku, 
kekalkan rindu ini, 
namunkan Kau kurangkanlah sedikit 
agar aku mampu belajar bersabar,
namun jika rindu ini semakin mencabar,
mudahkan aku suratan takdir ini,
dan dekatkan aku padanya semula.
Satukan kami sehalalnya. 
Amin...Ya Rab~



Curahat Alam Mayaku
dari hati kecil seorang muslimah
yg sedang mencari cinta yg benar :
Mujahidah Hafizah

Sunday, August 12, 2012

Aku mesti belajar menjadi kuat!



Masa semakin berginjak berlalu pergi,
Aku juga mahu berganjak melarikan diri.
Aku x mahu lagi termanggu sendiri,
Tanpa hiraukan teman dan saudara dihati,
Aku perlu cekal mengharungi gelora pertunangan ini.

:: aku mesti kuat! ::
kerana aku adalah duta ISLAM.
aku mesti hasilkan sesuatu yg terbaik, walaupun apa pun rintangannya.
Allah..bantu hambamu ini.
Amin.

Hambamu yg lemah,
Hafizah.

Wednesday, August 8, 2012

{HIDUP TENANG BERSAMA ALLAH}

{HIDUP TENANG BERSAMA ALLAH}
tenang....
tenangnya hati tidak boleh dibeli dgn wang rinngit.
tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa.
tenangnya akal tidak dapat dicapai dengan kekusutan dunia..


tenagnya bersama ALLAH..
ketika aku tidur,engkau selalu jaga dan melihatku lena,
ketika aku sakit,engkau menghapus segala dosa ku yang lama.
ketika aku sesat,engkau tarik aku kembali ke jalanmu,
ketika aku sujud,engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru..

tenangnya bersama ALLAH,,
engkau penjaga ku setiap masa,
memerhati setiap gerak geriku,
mengabulkan doa-doaku,
dan membuatku rasa selamat..

tenangnya bersama ALLAH,, apabila keyakinan terhadapmu telah tinggi,
maka aku tidak takot lagi,
tidak takot untuk mencarimu ketika aku susah,
tidak lupa untuk memujimu ketika aku senang,
dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama,

tuhanku,
aku rasa tenang bersama mu,
dan aku ingin kembali untuk bertemu denganmu,
dalam keadaan yang engkau redhai..
kabulkanlah doa ini ya rabb....

renung2kanlah,,,,,(petikan diari islam)

Thursday, August 2, 2012

Kata Sarahan Tarbiyah Imam Al-Ghazali


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.


::Lebih baik mata itu buta jika
tidak menghargai
keindahan dan ayat-ayat Allah
s.w.t..

::Lebih baik telinga itu pekak jika
tidak mendengar
nasihat-nasihat Allah s.w.t..

::Lebih baik anggota badan itu
mati jika tidak
melaksanakan segala suruhan
Allah s.w.t.. 

::Barangsiapa
mengaku empat perkara tanpa
disertai
dengan empat perkara yang lain,
maka dia adalah
pembohong..

::Barangsiapa mengaku cinta
syurga tetapi tidak beramal
dengan ketaatan, maka dia adalah
pembohong..

::Barangsiapa yang mengaku
cinta Rasulullah saw tetapi tidak
cinta kepada ulama dan kaum
faqir, maka dia
adalah pembohong..

::Barangsiapa yang mengaku
takut pada neraka tetapi
tidak meninggalkan maksiat,
maka dia adalah
pembohong..

::Dan barangsiapa yang mengaku
cinta kepada Allah swt tetapi
berkeluh-kesah dari bala, maka
dia adalah
pembohong..
(Al-Imam Ghazali)

Thursday, July 5, 2012

KRI-MH: JIWA HAMBA-DIGIT KOSONG

Jiwa Hamba








Aku hamba yg paling banyak digit kosong...
malah sehingga muncul titik titik perpuluhan 
diantara digit kosong tersebut..

sungguh!
Aku kosong~

Hanya YG 1 yg mampu memberikan aku digit2 baru 
untuk menolak 
dan menambah kepada yg lain.



-------
Oleh : Mujahidah Hafizah
Mood Roh + Jasad : Jiwa Hamba

Wednesday, July 4, 2012

KRI -MH : Kembalilah Ramadhan

Ramadhan nak datang dah.
Tarbiyah Tuhan pun datang bertandang.
Moga2 kaca mata kita ditukar baru,
Moga terlihat nikmat tarbiah dlm bulan indah ini.
-----
Dan...
kata mereka,
yahudi itu takutnya amat sangat.

Pada apa?
Pada mereka2 yg sering ada rasa ingin ditarbiyah dan mentarbiyah dirinya.

Bagaimana?
"Yahudi paling takut jika jumlah jamaah solat di masjid menjadi banyak. Kerana solat berjemaah merupakan salah satu sumber kekuatan Islam."

siapa kata?
aku kata dia kata mereka kata.;)
-----
so,
tarbiyah bukan segalanya,
tapi segalanya bermula dengan tarbiyah.
thumb up to people who does it rite in their heart♥.

Tumpaskan jahiliyah dlm diri sebelum tumpaskan yahudi 1 kemestian.

PUISI-MH :TEORI HUKUM & FORMULA


Formula itu adalah Hukum.
Allah sediakan ayat sorih @ kinayah,
Dalam kitab suci kalamullah.

Hukum itu boleh berubah.
Dan formula juga mampu dirubah.

Sepertimana berubahnya formula
Pada kes dan kaedahnya.
Dan hukum itu pula boleh berubah
Sepertimana wujud waqi'dan dunia semasanya.

Ia berguna ...
Seperti sebuah pemudah pada penemu arah.

Maka hukum dan formula itu sama.
Dengan formula,
Manusia tahu landasannya,
Dama juga hukum,
Dengan hukum,
Manusia celik akalnya tuju jalan tuhannya.

Manusia mampu berfikir, tetapi Ilham hanya milik Allah.
Manusia mampu belajar, tetapi ilmu hanya milik Allah.
Manusia mampu mencipta, tetapi kuasa terlaksana hanya milik Allah.

Dan kita...
Hanya manusia.
Insan yg hidup bersandar nombor.
Dan kita juga,
Adalah ruang yg lapang...
Dalam lingkungan angka kosong.
Maka manusia itu adalah KOSONG-0.
Dan Allah ajar 1-wahid.
Untuk kita mula mencipta nombor selepasnya.

Hebatnya Tuhan kita~

Nukilan  : Mujahidah Hafizah.
@ 01:16 AM / 5 Julai 2012- Uni.Yarmouk-Irbid,Jordan.

Cuci minda dan hati dengan melihat kuasa Allah, jom!
salah satu kehebatan Allah,
mari terjun dlam bidang matematik<3~

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=l9YQVD6Ic9I

Tuesday, July 3, 2012

Puisi-MH : Aku Kerinduan

Aku kerinduan.

Aduhai airmata jernih
mengapakah dikau kembali ?
memabasahi bumi Jordan ini.
mengapa?

Aku cuba bertanya pada hati,
aku bersedih kah?
atas alasan apakah aku hatus bersedih?

Aku kerinduan.
kukunjungi kanas-kanas media mereka,
baru hari ini aku benar-benar rindukan kalian.

Aku faham...
inilah namanya
'insan yg jauh lagi dikenang...
yg dekat x sempat nak jenguk bertandang'

Aku rindu kalian:)
hanya Allah yg tahu.
Tak mampu aku sucikan air mata ini.
sungguuh...Aku rindu!

Ya Allah, beri kejayaan buat mereka.
Aku ingin jumpa mereka lagi.
lagi dan lagi...

mereka yg kurindui
jarang sekali aku berbicara segembira
hampir di dekad itu baru kita punya masa bersama
tapi sayang...
hanya seketika.
kalian..sekarang pulang
kepangkuan keluarga...
dan dakapan ibu bapa tercinta.
dan aku merindui kenangan-kenangan tinggalan kalian~

Aku...
merindui kalian.
sungguh!

----------------
by Mujahidah Hafizah.
at Sakan Yarmouk-Irbid, Jordan.
09:57 PM - Tuesday.

[ aku merindu senior2ku-terutamanya kak Jetty (naqibah usrah) ]
Bersama ini aku sertakan beberapa keping gambar kenangan terakhir kami bersama di bumi Jordan-
 1 JULY 2012-AHAD

Senior , terima kasih budi bicara kalian selama ini.
(= , =)


kak jetty~ bakal merinduimu~

aku-Mujahidah Hafizah

Wajah-wajah senior yg bakal meninggalkan kenangan di hati ini.

 aku dan kak ayuni

aku dan kak kamariah

Aku dan Kak Nabila



---------
Makan-makan bersama naqibahku-Kak JETTY Zamri.
~akan kusimpan kenangan kita bersama~
...abadi...




I miss u ~ Kak Jetty <3!

----------------------------
Ditulis di sakan Yarmouk,Jordan.
@11:23 pm- selasa.
oleh : Mujahidah Hafizah.

Monday, July 2, 2012

PUISI-MH : DUNIA & KIAMAT


Dunia & Kiamat

Telah ku perhatikan,
ketenangan dan kedamaian...
Telah datang bersama angin bayu rindu.

Pada Bulan,
Pada Bintang,
Pada Mentari yang semakin menyinar hari.
Ya! sesuatu yang pasti.

Telah ku perhatikan,
Kemusnahan dan kekalutan...
Berlalu pergi bersama angin sendu.

Pada Bulan,
Pada Bintang,
Pada Mentari yang menyinsing pergi.
Ya! ia sesuatu yang pasti.

Telah ku perhatikan,
Ketenangan, kedamaian,
kemusnahan dan kekalutan.
Ya,semuanya pasti!
Di awal kejadian manusia-Maulud.
Dan di akhir kejadian dunia- Kiamat

-------
Tajuk : Dunia & Kiamat.
Ditulis di : Kelas Tarbiyah Watoniyah (pendidikan kewarganegaraan-Jordan)-Kuliah Adab, Uni.Yarmouk-Jordan.
Masa ditulis : 10:29 AM - 2 JULAI 2012 - ISNIN
Oleh @ nama pena : Mujahidah Hafizah.


Tuesday, June 26, 2012

Tiupan semangat dari khazanah Pemuisi - SITI ZAINON



JALAN PANJANG SITI ZAINON


by Djazlam Zainal on Sunday, June 24, 2012 at 12:10pm ·

tika panas lega di kaki senja
bersama gerimis aku meniti liuk jalurmu
yang mendebarkan hati bagai genta
berbunyi di sepanjang rindu menyapa
kasih, bisikmu bayang sebuah sesalan
untuk menyepi di tebing keramat ini
tergesa lewat dek waktu berburu
hanyalah saparindu bengawan melambaimu
untuk bersua nanti
kau bercerita lagi
karena di setiap sore
senyum bersama bulan yang menggapai
tangannya
dan riak air mengalun lagu
mereka berkucupan. kasih,
esok setiap pengembara yang tiba
pasti-ai-ai-rindu hatiku
debar jantung itu
lalu bernyanyilah kami: tentang bengawan solo
yang telah mengundang di pelusuk benua
dengan sepatah kata, mercup seribu rasa
untukmu
nyanyian ini kudendangkan lagi
lenalah tidurmu lena
dalam lembut sutra arus
si bengawan solo
tika gerimis memetai garisnya

( bengawan solo di suatu senja, solo, 1973 )

Ini puisi awal Siti Zainon Ismail yang terdapat dalam kumpulan puisi Nyanyian Malam ( Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1976 ) Puisi ini walaupun kelihatannya belum matang untuk menggambar pencapaian puisi Siti Zainon yang sebenar, tetapi bagi saya, inilah suara Siti Zainon yang sebenar. Untuk melihat keaslian suara penyair, lihatlah ketika ianya mengalir dari perasaannya dan bukan pemikirannya.

Melihat dari tarikh cipta, Siti Zainon puisi ini ditulis ketika Siti Zainon berusia 24 tahun. Usia 24 tahun, bagi gadis seusia dengannya, apakah yang diceritakannya. Sebahagian besarnya adalah cinta. Cinta kepada ibu yang ditinggalkan di tanah air, cinta kepada alam luas terbentang dan cinta kepada kesukaan. Siti Zainon suka kepada apa yang dapat diistilahkan sebagai ' kesusastraan. '

Katanya, semuanya bermula dengan kesenangan mencoret dan mencatat. Ini ditambah pula dengan kegemaran mendengar suara dan bunyi. Kebetulan abah memang mengajar mengaji kepada anak-anak di kampung kami, di Batu 4 1/4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Di sekolah, guru sastra tidak banyak membantu mengembangkan bakat. Cara memahami sajak terlalu membosankan. Kegemaran pada sajak, hanya dengan usaha sendiri apabila Siti Zainon mengumpulkan keratan sajak di akhbar antaranya Sungai Mekong karya Latiff Mohidin. Keinginan besarnya menerbangkan Siti Zainon ke ASRI, Yogyakarta, Indonesia. Di sanalah, gadis berhati ' jantan ' ini mengasah bakatnya. Selain berguru dengan Affandi, Mochtar Lubis, Sutan Takdir Alisjahbana ( dan lain-lain ) sempat kayaknya ikut nimbrong ke latihan teater Mastodon dan Burung Kondor Mas Willy ( W.S. Rendra ) di Yogya.

Nama gadis Malaysia dengan panggilan  mesranya Izan ini, sering menjadi bahan tulisan di  Yogyakarta. Seawal tahun 1970, koran Sinar Pagi, Yogyakarta telah menyiarkan tulisan Guntur Siswojo, antaranya berbunyi begini.

Nama lengkapnya Siti Zainon Ismail, panggilan sehari-hari cukup Izan saja. Berasal dari keluarga sederhana, tinggal di Kampung Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia. Sifat ingin tahunya luar biasa, agaknya telah dimiliki sejak dia masih kanak-kanak. Perhatiannya akan seni lukis juga telah nampak sejak dia masih kecil. Kegemarannya menggambar di tanah. Kalau temannya mengganggu dan menghapusnya, dia menangis, tapi sebentar kemudian tanah itu sudah digambari lagi. Siapa agaknya yang mengkabarkan pada Guntur Siswojo tentang Siti Zainon? Barangkali tanpa sadar, Siti Zainon telah membeberkan hal dirinya pada Guntur. Beruntung kamu Guntur, apa kabarmu sekarang?

Tambahnya, diterima di ASRI walaupun ijazahnya belum disamakan dengan ijazah SMA kita. Untuk itu, sementara belum mendapat kartu mahasiswa. Prestasinya di ASRI cukup mengkagumkan teman-temannya, juga di kalangan mahasiswa lama. Masa orientasi mahasiswa yang penuh derita dilalui dengan tabah dan berhasil merebut gelaran Queen. Dilagang pula oleh wakunca ( waktu untuk pacar ) gadis ini, ya, shock budaya. Sebab itu, siang malam gadis ini nangis rindu pada ibunya. Sajak ini buktinya.

sedih dan haru
kerinduan yang melanda
mama, usahlah meratap
sengsara anakmu jua kebahagiaan
walau kapankah suanya
nada tiada mesra
itulah hati
cinta untuk mama
bisakah kau merasa
anakmu keras jiwa jantan hatinya
menangis jua di malam sepi!

( Malam dan Dingin buat Mama, Yogyakarta, 5 Mei 1972 )

Surat dari Yasmin, tidak kurang pedihnya.

Izan, kira-kira empat tahun yang lalu, buat pertama kalinya kau akan meninggalkan tanah air, kita sama-sama berada di stesyen keretapi Kuala Lumpur. Kau, aku dan keluargamu dan teman-teman yang turut menghantar kepergianmu dengan doa. Aku tau betapa pilunya hatimu. Aku bukan mau melukakan hatimu, sekadar mengenangkan  sejarah peninggalan kau. Aku kira kau faham, sepeninggalanmu, banyak peristiwa sedih yang telah menimpa. Belum kering kau merapati pemergian D, kini ayahmu pergi untuk selama-lamanya.. ( Yasmin Abdullah, Kuala Lumpur, 1973 )

Siti Zainon telah melalui liku-liku yang amat panjang. Dan sekarang waktunya untuk bersenang...

wajah ibu yang sering dirindui siti zainon ketika di perantauan..

siti zainon sewaktu kecilnya..

mastodon dan burung kondor yang telah dibukukan..
__________________________________
Membaca kisah beliau,benar-benar membuatkan diri ini bersemangat.
Aku ingin menjadi sepertinya.
Tawaran demi tawaran sedang menjelma dalam bidang yang aku cintai ini.
Penulisan dan auditor/editor buku.Aku sangat cinta bidang ini sejak kecilku.
Disamping ingin juga meneruskan cita-citaku untuk membuka seb uah galeri lukisan.
Semoga impian ini mendapat sokongan dan dokongan daripada Bakal suami, keluarga dan adik beradik tersayang, dan juga sahabat handai yang sama-sama menjurus dan mencintai tugasan ini.
Aku pandang dakwah bidang ini dari perfektif yang berbeza walaupun orang selalu kate lukisan dan pemulisan puisi sesuautu yang melalaikan dan menjuruskan kepada agenda yahudi.No! MH tolak seratus peratus pendapat sebegini.Kita positif, maka hasilnya positif.Allah akan bantu jika niat kita untukNya.
Dan kita sekarang  berusaha.Semangat! insyaAllah, jika peluang dan ruang itu ada MH nak sambung belajar dalam bidang art.Doakan MH dunia akhirat yer;)


Dan berharap juga satu masa nanti,segala puisi-puisi yang pernah terluah dalam buku contengan dan nota kanvas ini dapat dibuku akan datang.
------
Nota ditulis dan dikongsi oleh : Mujahidah Hafizah.
@ 12:55 am- RABU-Sakan University of  Yarmouk, Irbid,Jordan.

Thursday, June 7, 2012

Puisi DR.MAZA : Yang Benar Tetap Benar

Jangan ditanya mengapa MH sering sahaja mengupdate blog dengan info-info.
Kerana setiap hari adalah masa untuk belajar bermacam-macam perkara.

Jadi, Tidak hairan seharian tu, berkali-kali dan bermacam -macam jenis post yang dimuatkan dalam blog Nota Kanvas Mujahidah Hafizah.
Lihat sahaja namanya, Nota Kanvas!
sudah pasti segala jenis yang dirasa penting oleh MH, sudah pasti MH akan simpan ia dalam nota kanvas maya ini.
Ilmu bukan untuk diguna untuk diri sendiri.Perlu disampai kepada siapa-siapa sahaja yang ingin mencari.

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat." [Hadis]
Seringkali diterjah ke sana kemari.Berlalu untuk sibuk membawa mesej pemberitahuan berbagai seni.
Ada yg ikut Tumblr, bloggers, Dan juga posts2 di laman Facebook dan Twitter.
SEmuanya dengan niat...Pasti lah! ingin berkongsi.
Nak baca atau tidak oleh pembuka, ikut suka mereka.
Yang mencari ilmu untuk memenuhi sampai sesak didada,pasti...mereka akan berlapang dada.
menunggu apa cerita penulis ni nak sampaikan.
----------------------
Jadi, petang ini, ( 7 Jun 2012 )
MH nak berkongsi satu petikan Puisi Dr.MAZA ( salah seorang Ikon/Idola MH ) bertajuk : Yang Benar Tetap Benar.




Puisi Dr.MAZA : Islam China Yang Hampir Dilupa.


Puisi ini telah digubah menjadi sebuah lagu oleh Kumpulan 

Algebra Feat. Dakmie -

 Islam Di China

hayatilah~


PUISI MH : Sayangi Kucing Anda


Binatang paling MH suka sekali dan gerenti jugak ramai juga yg sepakati,
walaupun ada jugak yg elergik menjadi-menjadi..ni ha..kucing<3!
sebab Rasulullah sangat gemarkan kucing, maka aku juga jadi gemarkan kucing.
kucing binatang yg paling sihat dan x berpenyakit.
bermain di sekitar orang2 muslim<3!
dan part yg paling aku 'geram' habis lah kat kucing ni..
tau apa?..

---------
matanya yang mempersona..
mulutnya kecil merah pun kadang-kadang ketara,
macam termakan buah semerah delima,
dan hidungnya pula..alahai,gebu menggoda!
tapi jgn dipicit( dipenyet2) pula,
kerana bimbang mengundang selesema,
nanti melepek n melepak lah x jadi 'kerja' ,
x selincah seperti hari-hari biasa,
dibelai si comel yang manja
kenapa menanti dimuka pintu cuma,
melihat tuannya ke sini ke sana,
tapi tuan mula perasan dan merasa,
hukhuk:( keciannya comel... demam rupanya.
________
sayangilah kucing anda:)






Puisi ditulis oleh :Mujahidah Hafizah.
masa : 04:28 -7.6.2012
@ sakan Yarmouk,University Of Yarmouk, Jordan

Wednesday, June 6, 2012

Istiqamahlah Niqabis


Alahai Niqab.

Dulu..sebelum aku belum pernah mengenalimu,
memandang wanita memakaimu,
serius aku takut!
sedikit demi sedikit,
aku mula berkawan dengan niqabis tahfiz,
aku mula terpersona,
lembut gayanya, tutur bicaranya,
tertutup!
wajahnya??...usah dikata lagi.

walaupun aku ini juga perempuan,
keinginan dan hasrat hati sering sahaja
menanti niqabis2 menyelak niqab diri mereka!
Fuhh!!!
Terpersona~
masakan wajah yang jarang dilihat tidak tampil kelihatan cantik?
macam ada cahaya di sapa ke mukanya.
berseri sahaja~
Asalnya...mereka juga biasa-biasa sahaja,
macam aku dan juga mereka.
kalau dipandang berkali-kali,
ahh..mungkin saja tiada bezanya.
tapi itu juga kelebihannya.
kenapa??
kerana jarang dilihat dan diperhati.
sering disukai tapi tak sape mengenali.
fuh!..hebat~
aku teruja amat!

Sehingga aku sendiri dipilih Allah memakainya,
mula-mula berjinak..Allah seksanya~
nak cover time makannya,
sesak nafas??..usah diteka lagi,
jawapan sudah pasti.

Hari demi Hari,
trend dunia semakin menjadi-jadi,
ada yg makin telanjang sampai x cukup kain yg diinchi,
namun, alhamdulillah jugak syukur pada Illahi,
sebab apa you tau?..because Allah pegang betul hati ni~
Aku mula bergelar niqabis sejati.^.^
Mana pergi,dalam negara luar negara tetap dengan jati diri,
buka niqab?? erm..x mudah sekali!
bukan taksub trendy atau mahu dipuji,
tapi sebab awal dimula dengan niat suci,
aikk...jap2 ye~bukan untuk menarik calon suami,
bukan!!!..tapi semata-mata melatih diri jadi tawadu' dgn Rabbul Izzati.
mudah-mudahan Allah sendiri yang memilih aku melihatNYa suatu hari nanti.
wahhh...itulah penantian yg pasti,
yg dinanti-nanti~
______________
doakan niqabis2 sentiasa istiqamah dengan pilihan pakaian yg dipilih.
jgn sekejap pakai sekejap tak,tanpa urusan yg lebih terperinci.
pesan my mom ku ingat sehingga kini :- "pakailah pakaianmu,supaya org mengenalimu"

kata2 imam Hasan AlBanna:- " Buku yang diperpustakaan sedikit sekali yang ingin membacanya, tetapi seorang islam yg berjalan keluar adalah sebuah buku yang terbuka setiap masa.Menjadi rujukan org kepadanya...

---------------------------
creat by : Mujahidah Hafizah.
@ Sakan University of Yarmouk,Irbid, Jordan.
6.6.2012- 11:47 PM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang