Showing posts with label Nota Ringkasan MH. Show all posts
Showing posts with label Nota Ringkasan MH. Show all posts

Monday, May 27, 2013

Coretan Taujihat buat Muslimah Bermaruah Amanah kerana Allah :)

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Bismillahirahmanirrahim,Alhamdulillah.
( 27 Mei 2013 - Mafraq, Jordan )

Hari ini baru berkesempatan untuk membuang tulisan ke dalam blog ini.Lama tidak menaip panjang dan fokus kepada  blog ini.Kasihan, ketinggalan sudah.Namun biar apa pun yang terjadi saya tetap melazimkan diri untuk menulis biarpun hanya contengan di wall facebook.

Meyimpan khazanah yang diberikan oleh naqibah saya, Ukhti Noriana Samat yang bakal khirij (bergraduasi) beberapa hari dari tarikh saya menulis ini.Saya rasa tercuit walaupun hanya dengan sedikit pesanan ringkas, tetapi ianya sangat bermakna untuk saya telusiri dengan oencarian segala hikmahnya.

Isteri.Satu lagenda yang memang tidak diasingkan lagi dalam sebuah dunia meniti bibir masyarakat.Maka adanya isteri sudah tentunya ada pautan si suami.Ya, suami tercinta yang mencinta dan membawa manusia yang dicintainya kepada Tuhan yang menaugerah selruh empati rasa cinta-Allah!.

Ini adalah kalam taujihat yangtelah disampaikan daripada ukhti tersebut ke ruangan wall saya ;

Buatmu muslimah solehah 

"Adapun engkau seorang ukhti muslimah di atas jalan jihad ini, pada engkau peranan yang penting untuk dimainkan dalam lapangan jihad ini. Bermula di rumah dengan mendidik(tarbiyah) generasi(anak-anak), meningkatkan semangat mereka(anak-anak) dan menyediakan mereka untuk berjihad. Sungguh wanitalah pencipta lelaki gagah, dan wanita terdahulu menjaga anak-anak mereka(tentera Allah) sepertimana mereka menjaga hafazan surah di dalam al-Quran.

Selagimana seorang ukhti muslimah hidup dalam keadaan yang ada pada dirinya semangat(ruh) jihad, maka dia akan menjadi penyokong, pembantu dan pemberi semangat yang sentiasa meningkatkan keberanian suaminya untuk berjihad. Dia(ukhti muslimah) juga tidak akan menjadi fitnah, menjadi penyekat atau penghalang kepada suaminya. Dia(ukhti muslimah) juga akan sentiasa menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang ketiadaan suaminya di rumah kerana keluar berjihad.

Peranan wanita muslim yang telah dimainkan dalam peperangan pada zaman silam : Mereka telah menjadi tukang beri minum air kepada tentera Islam dan merawat luka mereka. Bahkan kadang-kadang mereka(wanita muslimah) turut mengangkat senjata di medan peperangan seperti mana yang telah dilakukan oleh Nusaibah Binti Ka’ab ketikamana dia sedang melindungi dan mempertahankan Rasulullah S.A.W. dalam peperangan Uhud."
-Petikan dari Fiqh Dakwah, As-Syeikh Mustafa Masyhur-

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah yang merencanakan sesuatu.Dengan ini, saya adalah seorang isteri kepada suami, Mohd Saiful Ridzuan Bin Jasmin akan membantu dan memudahkan urusan dunianya agar kam sama-sama melangkah dengan hemat dan cermat ke arah syurga Allah dengan kutipan redha dan celupan rahmat dan rahim dariNya, In sya Allah.


Pedang Keadilan "Jika mentarbiah seorang lelaki, maka kita akan mendapat individu... manakala mentarbiah seorang wanita, In Sya Allah akan mendapat seluruh umatnya"
3 hours ago · Unlike · 1

Satu respon ringkas yang di balas oleh suami di bawah kenyataan status tersebut, membuatkan hati ini terus bersemangat dan ingin terus kuat mencari hikmat-hikmat yang tersurat dan tersirat.Biar di usia yang masih muda dan mentah ini, namun dengan rasa rendah hati saya akan melangkah menjadi isteri yang sejati , ibu yang solehah dan mithali buat generasi-generasi yang akan Allah beri nanti.In sya Allah.Saya akan tanggung dengan niat Lillahi Taala.

( gambar adalah saya dan suami tercinta )
.: Saidah Hafizah ^.^ Saiful Ridzuan :.

Sunday, December 23, 2012

6 Pesanan Buat anda Para isteri dan bakal isteri~

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

‎:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Pakar diari hati : Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Friday, November 30, 2012

Dakwah Jangan Kencang Mulut Sahaja!

Selamat Bertandang Rumah Online KNMH

Klik gambar Untuk Tumbesaran 
Stalker Facebook hari ni ( 30 November 2012)
MH dapat kata2 ni,
tetibe rasa terkesan..then,
MH nak kongsi dengan Viewer teratak IT MH ni.
semoga bermanfaat dan memberi kekuatan kepada semua Daie-Daie di luar sana^.^

* Mujahidah Hafizah,Mujahid menuju Syahid*

Monday, September 10, 2012

Hasil Taaruf di Niqab Girls, MH dapat Junior Alam Maya ke dunia Nyata.


Assalamualaikum,
Apa khabar muslimah awesome^.^,
salam taaruf dari MH buat semua sahabiah Niqabis @Niqab girls
MH jarang-jarang dapat 'jalan2' ke ruangan ini,
namun setelah menjari beberapa group berkaitan sebelum ni, tetibe rasa ada tarikan nak join group ni.Alhamdulillah, MH disini bersama kalian-Facebooker yg aktif berdakwah, InsyaAllah!

***
"Taaruf dulu baru tahu sebulu, kan?"-kata kawan MH

*49:13 - " Wahai manusia!sungguh,Kami tlh menciptakan kamu dari seorg laki2 dan seorg perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, agar kamu saling mengenal.Sungguh, yg paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah org yg paling bertaqwa.Sungguh,Allah Maha Mengetahui,Maha teliti."

Sedikit butiran mengenai MH :-
Nama pena : LoivArt MH (simplify by Mujahidah Hafizah)
Nama Penuh : Saidah Hafizah @ Saidatul Elmy bte Mohd Hanapi.
lebih selesa digelar HAFIZAH oleh kebanyakan♥.
Umur : 21 Tahun (akan genap pada 09092012 ni).
Negeri Asal : Pahang Darul Makmur.
Anak Sulong dari 4 Beradik.
Tugas : Seorg pelajar dan pekerja part time (secara sendiri)-Pelukis & Designer.

* Alhamdulillah, itu je dulu untuk taaruf pendahuluan, sya mengharap dapat menyumbang fikrah islam,dan menerima fikrah islam drpd ahli lain untuk lebih kuat dan menguatkan insan2 yg lain yg memerlukan bimbingan dakwah dan tarbiyah..dan menarik lebih ramai wanita join our club-Niqabis Girls ini..^.^, InsyaAllah♥!

***
Naskah cint♥ dari Tuhan buat kita,untuk dikongsi bersama :-
*
47:7- " Wahai org yg beriman! jika kamu menolong agama Allah,Nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

TQ semua niqabis disini♥!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selamat Berjuang